7 Foto: ‘Shower Party’ Zarema, Bakal Isteri Aidil Zafuan

HUBUNGAN cinta antara bekas suami Rita Rudaini, Aidil Zafuan dengan kawan Nora Danish, Zarema Zainal sememangnya bukan lagi rahsia.


Malah pasangan ini diberitakan akan mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

Meskipun tarikh rasmi belum diuar-uarkan, ia dipercayai dalam bulan terdekat kerana Zarema sudah pun menganjurkan ‘shower party’ sebagai petanda bakal mengakhiri zaman bujangnya.

Menerusi gambar yang dikongsikan di Instagram Nora Danish (siap ber-tag #az4ever), majlis bertemakan Masquerade Party itu kelihatan meriah dihadiri rakan-rakan terapat Zarema - Mynewshub.my