Rosmah menyerah kepada Allah dan meminta pihak tertentu menghentikan fitnah

rosmah,isteri-solehah

PETALING JAYA: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor meminta semua pihak supaya tidak menfitnah satu sama lain di bulan Ramadan.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pelbagai dakwaan yang dilemparkan kepada Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Katanya, sebagai isteri beliau berdoa untuk suaminya.

“Sebagai isteri saya pun berdoa juga,” jawabnya dengan ringkas yang dipetik daripada portal berita Malaysiakini.

Dalam reaksi yang sama mengenai kontroversi yang menimpa suaminya, Rosmah berkata, menyerah kepada Allah.

“Kita serah pada Allah. Kita hanya mampu berdoa,” katanya selepas majlis penyampaian sumbangan hari raya kepada para pelatih Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di Ayer Keroh, Melaka.