Gambar aksi Neelofa main kickboxing buat peminat teruja


Gambar aksi Neelofa main kickboxing - Penulis cukup teruja menatap beberapa keping gambar Neelofa yang begitu bersemangat melakukan aksi kickboxing. Nampaknya, semakin ramai artis mula mengamalkan gaya hidup sihat dengan cara bersukan bagi mengekalkan bentuk badan serta kecerdasan.

Apa yang menarik tentang sukan yang dipilih Neelofa, dia bukan sahaja dapat menjaga berat badan malah secara tidak langsung dapat mempelajari seni mempertahankan diri bilamana berlaku sebarang kejadian tidak diingini. Sememangnya satu contoh yang baik dan relevan buat kaum hawa di luar sana.

Bagi Neelofa, dia menggalakkan semua wanita menjalani latihan cardio kickboxing kerana ianya mampu meningkatkan kekuatan diri serta keyakinan.

"I recommend cardio kickboxing workouts to all. Ladies, try it and you will like the feel of being strong and powerful! Eceh ;) hehe."

Jom layan 11 keping gambar aksi Neelofa beraksi hebat dalam latihan kickboxing yang dikongsikannya menerusi akaun Instagram.











Sumber: plbgaimacam