Sebelum ini Alvin dan Vivian telah dikecam teruk oleh masyarakat kerana telah didakwa menghina Islam dengan memuatnaik foto bersama caption ‘Selamat Berbuka Puasa dengan Bak Kut Teh.. Wangi, enak dan menyelerakan’.
Dilihat tidak mengambil iktibar atas perkara tersebut, individu bernama Chow Jack pula telah memuatnaik status berunsur perkauman di laman Facebooknya.
Prihatin dengan isu semasa, Sheila Majid menyelar tindakan tidak bermoral itu dan menganggap bahawa individu tersebut mempunyai mentaliti yang rendah.
Luahan perasaan Sheila Majid itu mendapat sokongan ramai apabila foto tersebut mendapat lebih250 likes dan komen daripada para peminatnya
Kebanyakan mereka turut menyatakan rasa kesal terhadap perkara tersebut dan meminta agar pihak bertanggungjawab mengambil tindakan ke atas individu itu.
Seharusnya status yang sedemikian tak patut wujud. Kita kan duduk dalam satu negara yang berbilang bangsa. Maka, wajiblah kita untuk saling hormat-menghormati sensitiviti kaum lain kan?