Bila Nora Danish Cakap Terengganu, Pelik Benor Bunyinye [Video]


Wah! tersedak beruk aku ketika minum Teh tadi bila dengar Nora Danish cakap loghat Terengganu! hahaha...



Nora Danish bertutur bahasa Terengganu dalam salah satu adegan dari filem terbarunya Polis Evo bersama Zizan Razak.

Terus aku tekan 'button' play dari kiriman 'Share' yang di POST oleh kawan melalui FB..

NORA: "Aku tahu mung takak gambo aku nok wak masuk dalam Tenet, wat mari! wat mari! tepon tuh! biar aku takak gambo mung pulok, eeee! gambor burung tuh!"

ZIZAN: "Ehhh! gambor burung dier wat mende, bukan sedak pun!
Hahaha aku bantai gelak sampai tergolek-golek jatuh dari kerusi... Boleh ah sikit-sikit Nora cakap Terengganu, Zizan tu jangan cakaplah, dah dia orang Terengganu mmg ler terer cakap Terengganu kannn.

Aku respect kat Nora yang sanggup belajar loghat Terengganu semata-semata nak menjayakan wataknya dalam filem Polis Evo. Eee tak sabar nak tengok.

Kata kawan aku yang turut tengok Video tu..

"Zizan kena ajor molek Nora cakak Tranung.. kerah lagi napok tu"



Filem Polis Evo sedang melakukan penggambaran di negeri Terengganu bulan ini dan dibintangi oleh Zizan Razak, Shaheizi Sam, Nora Danish, Wan Hanafi Su, Bront Palarae, Datuk AC Mizal serta ramai lagi.

Filem terbitan Astro Shaw itu sedang menjalani pengambaran di Kuala Terengganu, Besut dan Setiu.


Polis Evo menampilkan banyak adegan aksi yang menarik serta elemen komedi yang mencuit hati dua personaliti yang berbeza iaitu dari bandar dan kampung dan bergabung untuk membanteras jenayah.

Ia juga sebuah filem yang menjulang nilai persahabatan dan nilai kekeluargaan yang amat penting dalam sesebuah masyarakat.



P/S: Herotlah mulut Nora Danish nak cakap bahasa Ganu. Takpa Zizan boleh ajar... Nora Danish kena 'bedal' keropok Losong banyak-banyak lagilah lepas ni hihihihi..