Kisah Wanita Tua Yang Sangat Misteri


Bismillahirrahmanirrahim...As Salam,

Salam Jumaat ...
Kali ini saya ingin berkongsi dengan kalian secebis kisah masyarakat, agar kita sama-sama mendapat iktibar...InsyaAllah.. kisah nya begini....

Sudah lama Halim mengidamkan nasi ayam Kak Leha di hujung jalan.. mujurlah hari ini dia mendapat gaji bulanan dari majikannya.. Halim bersama isteri dan anak tunggalnya turut serta membeli nasi ayam Kak Leha.. niat di hati ingin makan di sana.. oleh kerana terlalu ramai orang di sana mereka mengambil keputusan untuk bungkus saja.. makan di rumah lebih selesa...

Halim memesan makanan.. isteri dan anaknya hanya tunggu di dalam kereta yang di parkir di tepi jalan.. Setelah agak lama menunggu... akhirnya pesanan mereka siap juga... Halim mengambil bungkusan makanan dan terus ke kaunter untuk membayar...

Sedang membayar lengannya terasa di sentuh dari belakang... di lihatnya seorang mak cik tua... kusut masai... compang camping pakaiannya... berdiri menadah tangan menghadap Halim.... bau busuk menusuk hiidung Halim.... busuk teramat. Halim cuba menahan bau busuk yang datang dari orang tua tersebut.... "nakkk..mak cik lapar nakkk"... hanya itu yang keluar dari mulut orang tua itu, ...terketar-ketar badannya... mungkin kurang kudrat untuk menghadapi hudup.... mungkin juga kerana umur dah lanjut...

Sayu Halim melihat orang tua tersebut, ...tanpa berfikir panjang, Halim mengeluarkan sebungkus nasi kemudian di beri kepada orang tua itu... "terima kasih nakkk"... lemah suara orang tua itu. Orang masih ramai di kedai, isteri dan anaknya sudah lama menuggu... dia terus saja ke kereta..

Halim mengeluarkan nasi dan memberi pada isteri dan anaknya.. "eh! mana nasi abang?" tanya isterinya kepelikan. "owhh! tadi abang beri kepada seorang mak cik tu, kesian... dia laparr.." Halim menerangkan kejadian sebentar tadi.

Mereka makan bersama berkongsi bahagian masing-masing...

3 Bulan Kemudian...

Hampir luruh hati Halim dan isterinya apabila doktor memberitahu anak tunggal mereka ..menghidap barah. Anaknya terbaring di katil... kejadian yang tidak di sangka... sakit kepala yang berlarutan itu rupa nya barah.

Pada malam itu isteri Halim menemani anak nya. Dia tidur di atas bangku bersebelahan katil anak nya....dia hanya mampu berdoa kepada ALLAH...tak berhenti-henti air matanya mengalir.

"Astaghfirrullahal'azim "... isteri Halim beristighfar berkali-kali...tersentak dari tidurnya..terbangun dari mimpi sebentar tadi.