LUAHAN ISTERI MAT HATIM, PENJENAYAH PALING DIKEHENDAKI MATI DITEMBAK POLIS
Seorang wanita yang dipercayai isteri kepada Mat Hatim meluahkan rasa hati terhadap suaminya, seorang penjenayah paling dikehendaki di Kelantan menerusi status FB berikut.
Mat Hatim atau nama penuhnya Hatim Mohd Zain, 25, seorang penjenayah paling dikehendaki mati selepas berbalas tembakan dengan polis di Pasir Puteh, Kelantan, kelmarin.
Turut maut adalah seorang lagi rakan sekutunya Mohamad Hafiz Saupi, 25, dari Kampung Merak Banggu, Bachok.
Wanita itu yang menggunakan nama FB ‘Ezie Syafreeda’ redha dengan pemergian suami. Dia tetap menyanyagi Mat Hatim waluapun suaminya itu seorang penjenayah.
Menurut Ezie Syafreeda lagi, Mat Hatim sentiasa memenuhi segala permintaannya dan menganggap Mat Hatim seorang sahabat, suami dan ayah yang terbaik buat mereka.
Mungkin bagi isteri dan anak-anak dia seorang suami dan bapa penyayang.. Semoga kisah Mat Hatim ini menjadi pedoman buat kita semua. Al-Fatihah.