UPDATE: PEROGOL GADIS "MALAM MERDEKA" BERJAYA DIBERKAS


Kuala Lumpur: Seorang jurujual dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tiga pertuduhan merogoI seorang gadis berusia 15 tahun, pada malam ambang merdeka, minggu lalu.

Tertuduh, Muhammad Zulfiqa Zambry, 21, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Azman Mustapha.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu selama tiga hari berturut-turut bermula dari 30 Ogos jam 11 malam hingga 1 September jam 4 petang di sebuah rumah di Kepong.

Dakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norazlin Mohamad Yusoff tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh yang tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menetapkan 10 Oktober ini untuk sebutan semula kes.