4 Gambar Terkini Bertudung Ayu Raudhah Yang Paling Cantik

Dalam sibuk menghitung hari untuk bersalin anak sulungnya hasil perkongsian hidup dengan Zain Saidin, Rozita masih sempat menguruskan perjalanan Butik Padusinya yang beralamat di No 17, Level 1, Jalan USJ 10/1F, Subang Jaya, Selangor.

Biar sudah mempunyai pengalaman melahirkan dua anak sebelum ini menerusi perkahwinan pertamanya, Rozita mengakui debaran itu sesekali bertandang saat menunggu kelahiran bayi perempuannya.

"Kalau nak kata tak berdebar, macam tipu juga. Bayangkan dulu saya beranak di usia 20 tahun. Ini selepas 16 tahun, nak rasai balik benda yang dulu, lain macam jugalah rasa berdebar itu."



Sementara itu, Rozita berkata butik Padusinya kini sedang rancak mempromosikan jubah wanita penuh glamor untuk digayakan pada sambutan Aidiladha yang jatuh 5 Oktober ini.

"Kalau siapa nak beli jubah ini boleh terus ke butik kami di Subang Jaya. Keindahan jubah ini kalau dipadankan dengan tudung pasti menambah seri di pagi raya. Jubah moden ini sarat dengan dengan perincian yang memberi suntikan segar. Boleh hubungi talian 03-80817988."

Berikut ialah tiga keping gambar Raudhah sudi menggayakan jubah berkenaan sebagai model yang paling cantik dan memikat hati.