Lagi Bayi Meninggal Bi Taska Permata Bonda Putrajaya, Luahan Marah Abang Bapa Mangsa


Lagi bayi meninggal di Taska Permata Bonda Putrajaya - Satu lagi kematian melibatkan bayi berusia kira-kira tiga bulan dilaporkan berlaku di sebuah taska yang terletak di Putrajaya.

Mangsa yang dikenali Imna Khalisa meninggal dunia di Taska Permata Bonda Presint 11 dan didakwa hanya diketahui ibubapa mangsa selepas bapa mangsa pergi ke taska berkenaan. Punca kematian masih disiasat kerana pihak keluarga sedang menunggu keputusan autopsi.

Berikut ialah luahan sedih dan marah abang kepada bapa mangsa menerusi akaun facebook peribadinya. Tulisan artikel milik penuhblog mymediahubonline.

"Salam...
Semalam anak buah saya berusia 3+ bulan telah meninggalkan kami. Kami masih menunggu keputusan autopsi yg sedang dilakukan.

Cerita awl yang saya dapat adalah semasa adik saya ingin mengambil arwah anknya (imna khalisa) di Taska Permata Bonda Presint 11, imna dah keras dan kaku...bile ditanya sekor2 penjaga seperti tatau ape yg berlaku. Dah keras dah chor...imagine brape lame dah imna meninggal br dapat tau. Ada kesan luka di atas hidung dan kepala.

Pernah ada kes dulu taska ni. Korang boleh google 'taska permata bonda'. Aku masih tak faham kenapa dulu takde ape2 tindakan dr pihak berkuasa utk menutup premis tersebut dr terus beroperasi. Sekarang anak buah aku jadi mangsa.

Trust me. Someone will pay and heads will roll.

Thanks kepada semua yg turun semalam dan pertolongan korang semua...appreciate it a lot.

Saya merayu utk kengkawan share about this. They need to pay for what they did to my niece! Tiada kompromi."