Punca Fauzi Nawawi gagal bayar sewa pejabat 5 bulan?

Fauzi Nawawi gagal bayar sewa pejabat 5 bulan - Sebuah akhbar tempatan menerusi ruangan pojok mendakwa pelakon dan pengarah terkenal, Fauzi Nawawi gagal melunaskan sewa pejabatnya di Cheras selama lima bulan.


Fauzi yang dihubungi wartawan mStar bagaimanapun menafikan khabar angin yang tersebar dan menganggap ianya satu gosip yang tidak masuk akal serta mahu menjatuhkan nama baiknya selama ini.

"Tak bayar sewa pejabat lima bulan? Macam tak logik jer. Macam mana sampai hal pejabat saya pun orang boleh ambil tahu? Mereka pernah sampai ke pejabat saya ke?"

Menurut sumber akhbar tersebut, kegagalan Fauzi membayar sewa bulan pejabatnya dikatakan berpunca daripada kekurangan tawaran berlakon yang diterima sehingga dia kesempitan wang.

Benarkah dakwaan ini? Semalam, Fauzi sudah menafikan khabar angin yang tersebar dan menjelaskan dia memang banyak menerima tawaran berlakon namun terpaksa ditolak kerana mahu memberi fokus kepada perniagaannya iaitu syarikat Perfect Illusion Corp Sdn Bhd.

"Saya dah kurang mengambil kerja-kerja lakonan kerana sibuk dengan projek tender kerajaan. Projek apa? Saya tidak boleh nak kongsikan lagi. Cuma yang pasti saya sedang mencuba nasib di bidang baru. Semua ini adalah demi menjamin masa depan keluarga. Untuk isteri serta anak-anak, Insya-Allah."