Punca Kematian Wanita Bercahaya Ketika Hendak Dikebumikan [5 Gambar]




5 Gambar Kubur Jenazah Wanita Bercahaya Ketika Hendak Dikebumikan | Subhanallah... Satu keajaiban telah berlaku di Tanah Perkuburan Changkat Jering apabila kubur seorang jenazah wanita yang hendak dikebumikan dikatakan telah bercahaya.

Jenazah wanita bernama Haslinatul Adzlin itu berasal dari Taman Seri Dermawan, Ipoh Perak meninggal dunia pada 20 April 2014 lalu berpunca daripada kanser payudara.

Malah, gambar-gambar yang dikongsikan oleh Daily Traffic Report turut menunjukkan wajah Allahyarham Haslinatul yang kelihatan tenang, berseri-seri dan seakan senyum selepas dimandi dan dikafankan.

Mungkin ada hikmah disebalik kejadian ini. Mungkin juga ia adalah ganjaran yang diterima untuk apa yang beliau lakukan ketika hidupnya.

Sebagai umat Islam, semoga kita mendapat sedikit iktibar daripada gambar-gambar ini dan kita doakan Allahyarham ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman. -Al-Fatihah