10 FOTO: SEKITAR BABY SHOWER SCHA AL-YAHYA


Difahamkan baru-baru ini, pasangan suami isteri popular Malaysia Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari telah menganjurkan majlis baby shower bersempena dengan usia kandungan Scha yang kini sudah masuk lebih tujuh bulan. Malah, Scha dijangka bersalin sekitar akhir Julai nanti. Apapun Scha kelihatan cantik dan manis berseri mengenakan dress labuh hitam putih manakala Awal seperti kelihatan smart dengan serba putih.


Rotikaya melaporkan tidak pasti di mana lokasi baby shower pasangan ini diadakan namun ianya dimeriahkan dengan kehadiran para selebriti yang rapat dengan mereka selain rakan rakan lain. Turut kelihatan di lokasi adalah krew penggambaran yang kami kira ditugaskan merakamkan kemeriahan majlis.