KECOH!!! PUNCA JAIS SERBU MAJLIS KAHWIN DI PETALING JAYA TERJAWAB?

Pada kami, tak pernah pula dengar sebelum ini pegawai dan anggota penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) serbu mana-mana majlis kahwin. Namun apa yang berlaku pada pagi tadi amat mengejutkan banyak pihak.


Memetik sumber berita myMetro, sepasukan pegawai dan anggota penguatkuasa JAIS menyerbu satu majlis perkahwinan yang diadakan di Jalan SS 1/25 pada jam 10.30 pagi tadi. Rupanya JAIS telah mendapat maklumat majlis perkahwinan berkenaan yang dijalankan mengikut adat dan budaya agama Hindu melibatkan pengantin lelaki beragama Hindu dan pasangannya yang dipercayai beragama Islam.

Ketika serbuan dilakukan, terdapat kira-kira 50 tetamu sudah tiba di majlis berkenaan. Bagaimanapun, keadaan di lokasi terkawal apabila pihak keluarga kedua-dua pasangan pengantin dan tetamu yang hadir memberikan kerjasama kepada pegawai JAIS di samping kawalan ketat kira-kira 10 pegawai dan anggota polis di luar kawasan majlis tersebut. Majlis perkahwinan itu terpaksa dibatalkan selepas pihak berkuasa mendapat aduan bahawa perkahwinan tersebut melanggar undang-undang.

“Pihak berkuasa menerima maklumat daripada orang awam bahawa ia (perkahwinan) akan dilangsungkan pada hari ini dan hasil siasatan mendapati maklumat itu tepat dan serbuan telah dijalankan,” kata sumber.

p/s: Tahniah kepada JAIS. Tidak dinafikan, ramai antara ‘mereka’ mempertikaikan tindakan JAIS. Kononnya atas kebebasan agama dan sebagainya. Harap isu ini selesai dengan sebaiknya