Ia berikutan kejadian yang berlaku pada 9 malam 28 Mei dimana menyaksikan lima orang lelaki yang datang menaiki Porshe Cayenne, telah memasuki restoran tersebut lalu terlihat mangsa disitu .
Mereka kemudiannya telah meminta nombor telefon mangsa namun mangsa enggan memberikannya.
Disebabkan keengganan gadis tersebut menyerahkan nombor telefonnya , kelima-lima lelaki tersebut telah bertindak dengan membelasah gadis tersebut sehingga mati dengan menendangnya di kepala dan menghentak kepalanya hingga tiang besi yang berada disitu patah .
Video kejadian ini juga telah menjadi viral dengan rata-rata mempertikaikan mengapa tidak ada seorang pun yang mahu tampil membantu ketika mangsa meminta pertolongan.
Walau bagaimanapun terdapat saksi yang mendakwa, mereka terlalu takut untuk membantu kerana jumlah penyerang yang ramai dan mereka awal-awal lagi sudah memberi amaran supaya tidak masuk campur.
Apabila melihat pada keberanian para penyerang membunuh di khalayak ramai, pastinya mereka dipercayai datang daripada keluarga yang agak berpengaruh dan tidak mustahil jika mereka akan terlepas daripada hukuman.
Jika semuanya ini benar, maka adalah amat menyedihkan jika kematian gadis tersebut tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya daripada pihak yang berwajib .