Putus Kasih Dengan Nad Zainal; Azwan Kombos Dedah Hefny Sahad Jadi Perampas!


Kisah cinta pelakon Nad Zainal memasuki episod baharu apabila bekas kekasinya iaitu Azman Kombos mendedahkan, pemuda yang dikaitkan dengan wanita itu, Hefny Sahad adalah perampas sehingga menyebabkan mereka berpisah. 

Azwan, 29, akhirnya mendedahkan, dia mula mengesyaki sesuatu yang tak kena selepas Nad menunjukkan mesej-mesej mesra yang dihantar oleh pengacara lelaki itu kepadanya sebelum wanita itu mula berubah sikap. 

"Sebelum krisis hubungan kami berlaku, Nad ada beritahu saya tentang Hefny ada hantar mesej-mesej seolah-olah nak 'try' (mengurat) dia ketika mereka sama-sama terbabit dalam telefilem Mengintai Syurga Mama, terbitan Zeel Productions.

"Saya sudah nasihatkan Nad supaya jangan layan (Hefny) jika dia tidak suka. Tak sangka pula akhirnya Nad berubah hati dan perkara tersebut menjadi punca hubungan kami berkecai. 

Pada mulanya saya malas nak kaitkan Hefny sebab tidak mahu dia meraih publisiti kerana kontroversi seperti ini," ujarnya kepada mStar Online, ketika dihubungi di sini, Rabu.  mStar Online