Jimmy Shanley, Mariam selamat bernikah


Foto ihsan Facebook Media Hiburan

PENGACARA, Jimmy Shanley sah bergelar suami kepada Mariam Jamilah Abdul Jalil dengan sekali lafaz, hari ini.

Pasangan ini dinikahkan dalam sebuah majlis tertutup di sebuah hotel di Shah Alam yang dihadiri ahli keluarga dan rakan terdekat sahaja.

Mariam yang berusia 27 tahun merupakan seorang ahli perniagaan.

Pernikahan ini merupakan kali kedua buat Jimmy selepas bercerai dengan Nursuhaila Eliani dan dikurniakan seorang anak perempuan, Zahrah Rania Shanley.

- Sinar Harian