TV3 Dikecam Tidak Hormati Permintaan Terakhir Allahyarhama Dato’ Sharifah Aini


TV3 Dikecam Tidak Hormati Permintaan Terakhir Allahyarhama Dato’ Sharifah Aini | Siapa yang menonton Majalah 3 Isnin 25 Ogos 2014? Sudah pasti ramai yang menonton Majalah 3 yang memaparkan kisah biduanita negara, arwah Dato’ Sharifah Aini.

TV3 telah menyiarkan kisah perjalanan hidup bidang seni arwah Dato’ Sharifah Aini. Ini adalah satu dokumentari menarik dan dapat membuatkan ramai orang lebih mengenali perjalanan seni biduanita ini.

Tetapi, akibat daripada siaran kisah ini di Majalah 3 ramai penonton tidak berpuas hati dengan tindakan TV3 yang dikatakan tidak sensitif dengan permintaan terakhir arwah.

Sebelum Dato’ Sharifah Aini meninggal dunia beliau ada berkata dan memohon supaya gambar-gambar lamanya yang tidak menutup aurat tidak disiarkan di televisyen.

Namun, semalam TV3 telah menyiarkan satu dokumentari mengenai diri arwah dengan memaparkan gambar-gambar yang tidak menutup aurat.

Pengguna laman sosial facebook mula mengecam tindakan TV3 yang menyiarkan gambar-gambar tidak menutup aurat arwah Dato’ Sharifah Aini.